Labels

Showing posts with label ALL ABOUT ME. Show all posts
Showing posts with label ALL ABOUT ME. Show all posts

Tuesday, November 8, 2011

STPM bakal menjelma.

Gila cepat masa ni.
Task sedar pun dah masuk bulan November.
Huaaa!
Perang akan bermula tak lama lagi.
Lagi berapa hari je nak STPM.



Wish me luck.

And,
All the best for all candidates STPM and SPM 2011.

Monday, August 1, 2011

da lame x 'mengepost'

yar! fasting time! pejam celik, da sampai bulan puasa kan.. kejap je.. pastu raye, pastu ape ag.. hoho.. ape yang penting hari pertama pose ni mmg agak memenat kan walaupun keje tegolek atas katil je.. hehe..

aku tau, susah bangun sahur mmg ape yang akan d alami setiap own y nak puase, setan da xde pun ttp sksa nak bukak mata nih.. cmtu gak aku pg td.. punye la seksa la.. lagi2 alarm hp bunyi kuat gile mcm nak kiamat dunia.. pergh! mcm nak gaduh je an ngan hp tu.. haha! tp sbnrnye aku ni dah biase bangun pagi.. tp xde awal mcm pg td.. pkul 5 beb! kopak wo0 mata!

Tp rupenye ade makhluk Allah y bgun ag cpt.. itu lah die ummi trsayang aku.. bangun pepagi semata2 nak masakkn kitorang punye mknn ntuk sahur.. isk2... touching jap.. huhu . .


bila azan subuh berkumandang, maka bermula lah prjuangan pada hari pertama puase.. tp xmencabar mana pun sbb aku xde wat ape2 pun melainkan guling2 atas katil.. haha.. tp esok siap la kaw.. puasa + sekolah.. haha..

erk.. bebel punya bebel da pkul 10.30 malam da.. tido time! kene tido awal.. maklum la, budak skolah y xmatang ag.. hehe.. xmacam Zuraidah Mohd Amin..

ok lah.. ckup ntuk kali ni.. ^^,

Tuesday, June 21, 2011

Bila sukan setahun sekali.

Pegh! Penat.

Maklumlah,
tingkatan enam ni, bukan selalu sangat ada aktiviti sukan.

Kalau setakat aktiviti kokorikulum tu, memang la ada.
Tapi, seminggu sekali je.
Itu pun, tak lah penat sangat kot.

Okay. Kejap eh?
Nak duduk dulu.

Kena tarik nafas sebelum mulakan aktiviti.




Okay. Sekarang kita pergi padang.
Errrr.

Tapi,


Aku nak main belon kejap boleh kan?


"Izwan, jangan pandang macam tu, cair aku." 
Ahak!



Okaylah.
Main belon pun dah cukup penat.
Jom balik rumah.
Hehe.

Bye semua.
Salam satu Malaysia!


*perembat gambar profesional. 
Source: Facebook.

Friday, May 20, 2011

20 tahun sudah.

Wah. Terasa lama sangat tak berbloging ni. Sejak mid-year exam tu hari. Huaa! Aku rindu dengan dunia blog ni.

Apa pun, sebenarnya aku nak post entri ni, semalam. Tapi, tak sempat pula.

my 20th-birthday cake.

Okay. Lepas makan kek, kena sambung study balik.

Saturday, April 30, 2011

Keinsafan.

Manusia sememangnya sentiasa di beri pilihan. Apa yang kita pilih hari ini, adalah satu penentu untuk hari esok. Pandanglah ke depan. Janganlah pandang ke belakang lagi. Semua itu, hanya sejarah. Life must go on.

Keinsafan tu mula datang pada diri aku. Bila kita di goncang, baru lah kita sedar. Ia umpama bila ada musibah datang pada kita, barulah kita mahu mengenal Tuhan. Lumrah manusia.

========================================================

Hai, semua! Dah lama tak menjengah dunia blogger ni. Maklumlah, sejak dua menjak ni, sibuk memanjang. Seperti mana yang korang tahu, aku menghilang kejap. Ia, ia, ia. Sebagaimana kata second writer, aku kena basuh (kena motivasi).

Kem motivasi pada tahun ini, Encik Amin Idris, sekali lagi di beri amanat. Amanat? 

Encik Amin Idris.

Beliau di beri kepercayaan untuk memberikan suntikan, motivasi buat kami pelajar Pra Universiti SMK Dato Penggawa Timur. Memandangkan STPM cuma tinggal beberapa bulan je ni, tak boleh la nak banyak main kan? 

Kami bersama Puan Aw Guat Moi.


Aku? Yang tengah-tengah.



All the best buat semua yang akan menduduki STPM 2011. 
"I'm the best, You are the best, we are the best, go succsess."

Friday, April 15, 2011

Panas.

Tak suka, tak suka, tak suka.

Tak suka? Mengapakah? Erk. 

Bila panas dah naik satu badan, semua pergerakkan terbatas. Kadang kala, tak selesa. Nak buat ini susah, nak buat itu tak boleh.


Okay. Cuma nak bagitahu, hari ni aku demam. Hari ni, aku tak sekolah. Hehe. Itu je kot. Erk. Demam agaknya aku ni. Memang demam pun.

Lagi satu, kalau pergi klinik. Aku dah agak dah apa yang doktor tu akan cakap. Skrip yang sama, nasihat yang sama.

Takpe lah. Yang penting, ada surat MC. Cikgu sekolah aku tu bising kalau cuti, tapi tak ada surat MC.

Sebelum tu, aku nak walk-blogging dulu, lepas tu baru aku sambung rehat.

Monday, April 11, 2011

Tak sangka.

Terkesima.

Sebenarnya, aku terkejut ketika nama aku dipanggil untuk naik ke atas pentas semasa perhimpunan tadi pagi. Aku ingatkan ada apa.

Sungguh aku tak sangka. Antara penulisan cerpen terbaik. Aku? Errk.


Sebenarnya, aku sekadar suka-suka *kena paksa untuk menulis cerpen tu. Tapi, tak sangka pula dapat antara yang terbaik. Alhamdulillah.

Apapun, terima kasih cikgu.

Thursday, April 7, 2011

Bila rindu itu menjengah kembali.

Satu perasaan yang membawa dua rasa.

RINDU.

Kalau kita rindu, sakit yang kita rasa. Makin kita tahan, makin sakit. Sampai satu tahap, ia akan jadi makin parah, parah, dan sangat parah.

Kalau kita rindu, sayang yang aku rasa makin bertambah. Setiap kali dia ucapkan rindu kepada aku, sayang aku pada dia makin bertambah. Bertambah, bertambah dan semakin bertambah.

Nyatanya, RINDU yang aku rasa membawa dua rasa yang berbeza.

Monday, March 7, 2011

Lelaki playboy?

Ouh, tak semua. Aku tahu. Biasanya, kalau perempuan yang patah hati atau break up dengan pasangannya, mesti nak cakap pasal lelaki playboy, curang dan sebagainya. Aku yang sebagai seorang lelaki kadang kala ada juga terfikir macam tu.

LELAKI BERCOUPLE UNTUK PENGALAMAN, PEREMPUAN BERCOUPLE UNTUK MENCARI PASANGAN HIDUPNYA.

Aku nampak. Aku perhatikan. Kebanyakkan sekarang macam ni lah gayanya.

Aku respect dengan kebanyakkan kaum hawa yang berfikiran macam tu. Sekali gus, terserlah kesetiaan, cuba untuk mempertahankan hubungan antara pasangannya. Tapi, ada juga segelintir perempuan yang suka main-mainkan perasaan lelaki.

Okay. Pada mulanya mungkin aku nampak mereka rapat dengan lelaki sebab mungkin kawan-kawan lelaki mereka itu antara rakan sekelasnya. Mungkin juga jirannya. Tapi, kadangkala kalau mereka rapat-rapat, kita yang lelaki ni pun jealous juga. Ingatkan perempuan juga yang ada perasaan jealous? Lelaki juga ada. Mungkin lebih tinggi tahap jealous tu.

Fine. Mungkin sekarang, kebanyakkan perempuan akan cakap lelaki playboy. Tak kesah. Tapi, aku pasti, aku yakin, kalau seorang lelaki tu dah jumpa dengan perempuan yang dia sayang, dia tak akan pandang perempuan lain. Lelaki tu akan sayang perempuan tu seorang saja sampai bila-bila selagi hayatnya ada. Insyaallah.

Tuesday, March 1, 2011

Kesibukan

Salam semua. Dah berapa lama aku tak update benda ni. Akhir tahun ni pun dah nak exam STPM.

Waa! Cepatnya!! Pejam celik, pejam celik pun dah masuk bulan Mac. Pegh! lagi berapa bulan je lagi ni. Hope, nanti aku dapat bersedia untuk akhir tahun ni.

21 November 2011. Tarikh keramat aku. Aku tak nak benda yang sama berulang lagi. Aku pun akan cuba spend masa untuk update blog ni.

Thursday, February 3, 2011

First step.

This is my first step. Blogger world's. May be this is not a new thing for you. But, this is still new for me. That's mean, I'm still new here. Hihi. Therefore, I will start from zero and it is the beginning for me.

:: hello world ::