Labels

Wednesday, April 20, 2011

Teruk sangat ke remaja Malaysia sekarang ni?

Selamat pagi, semua! Hari ni, walk blogging seketika sambil sarapan pagi. 

Tapi, bihun goreng yang mak masak tadi tiba-tiba tersangkut kat esophagus a.k.a kerongkong aku bila terbaca satu entri ni. 

Budak perempuan yang tulis. Maknanya, blogger perempuan. Melayu. Islam. Dari Kuala Lumpur. Memang cantik mukanya. Comel pula tu. Tapi, bila saya baca satu entri ni. MasyaAllah. Ini ke, remaja sekarang? Budak perempuan tu cerita pasal FIRST KISS dia? Eeuii. Nak cerita panjang pun tak boleh. Meloyakan.

Adakah tudung yang disarung cuma pelengkap sahaja? Tapi, bila bergambar dengan lelaki, bukan main lagi. Dengan gaya manjanya. Sumpah. Aku yang lelaki pun tak boleh tahan dengan perangai perempuan macam tu. Di mana maruah perempuan ini? 

Err. gambar yang tak ada kaitan kan? Huhu.

Kepada blogger cik M (bukan nama sebenar), tolong lah berubah yer. Awak masih muda. Masih sekolah lagi. All the best untuk Penilaian Menengah Rendah awak tahun ni.

5 comments:

Izyan Masri said...

BIA BETUL CERITA PASAL FIRST KISS DALAM BLOG.EEEEUUUUWWWW

Syafiee said...

Betul la Yan.

Mungkin, dia ingat blog tu macam diari dia kot.

*kenapa ntah budak tu tak nak privatekan blog dia? Erk.

Fendy TZM said...

Macam ku kenal blogger tu tapi dimana ye. Mungkin dia taksub sangat kot nak buktikan cinta dia yang macam hampeh tu. Biasalah budak baru nak up up and the way. Lepas tu down down to the hell. What the hell. Hell yeah. Tak semua benda cinta tu baik. Cinta berlandaskan nafsu tidak akan diberkati Allah.

P/s: Selalu Miss Tira komen hari ni Bro Ery (editor@2nd writer Cerita Tira) pula komen. Hehe.

sahromnasrudin said...

takut tgk budak skola zaman skrg..advance sungguh huhuhuhuhhhh

Anonymous said...

Hope gal tu berubah lah kan =)